? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, May 7, 2010

SPOT THE DIFF

1st edition (ahmad hudzaifah)


2nd edition (Rumaisa')


3rd edition (Nusaibah)

Tuesday, April 27, 2010

SENDIRIAN BERHAD


Semalam mommy dah balik kampung menaiki bas mutiara jam 9.30 pagi. so start from today everythings kena buat seniri. terpaksa kena mandikan nusaibah seniri. walaupun dah anak 3 kekok tu tetap ada. mmm..tapi nak didik anak jadi hebat..ummi kena hebat dulu...scary betul dgr ayat tu. moga mekarmu menjadi kuntuman-kuntuman yang menyuburkan jalan dakwah. ttatau nak karang apa...layan pic2 ni je la



mangkuk hikmat nusaibah yang banyak membantu.ibu2 digalakkan beli. kekawan sapa nak pinjam pasni di alu-alukan. sangat praktikal, tambahan sapa yang ada sinki beso kat dapur.


preparation nak mandikan nusaibah..jen..jeng..

tara...nusaibah dah siap mandi


Sunday, April 25, 2010

NUSAIBAH

Sesungguhnya Nusaibah Binti Ka’ab Al-Ansariyyah atau lebih dikenali dengan nama Ummu Umarah adalah merupakan salah satu contoh seorang muslimah yang mempunyai keberanian yang kukuh pada setiap saat dan ketika. Dia merupakan pahlawan wanita yang tidak pernah alpa dalam melaksanakan kewajipannya. Semua perkara yang dilakukan itu adalah untuk memperoleh kemuliaan di sisi Allah S.W.T. di dunia dan akhirat. Dia juga merupakan seorang sahabat wanita yang agung.
Nusaibah adalah salah seorang wanita yang telah turut serta bergabung dengan 70 orang lelaki Ansar yang ingin berbai’at kepada Rasulullah S.A.W. Dalam bai’at Aqabah yang kedua itu, dia bersama dengan suaminya Zaid Bin Ahsim dan dua orang puteranya Hubaib (yang telah dibunuh oleh Musailamah setelah itu) dan Abdullah (perawi hadith wuduk) telah membuat janji setia kepada Rasulullah S.A.W. Sedangkan wanita yang seorang lagi adalah saudaranya. Ummu Umarah merupakan seorang wanita yang berani, pandai menjaga harga diri, jujur dan rajin. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah sendiri ketika dia membuat bai’at. Baginda bersabda maksudnya : ” Janganlah mengalirkan darah dengan sia-sia.”
Ummu Umarah Pahlawan Wanita Ansar
Ibnu Sa’ad telah memberikan gambaran indah mengenai Ummu Umarah di dalam kitabnya Thabaqat yang berbunyi seperti berikut : ” Ummu Umarah telah masuk Islam, dia telah menghadiri malam perjanjian Aqabah dan berbai’at kepada Rasulullah S.A.W. Dia juga turut serta dalam Perang Uhud, Perjanjian Hudaibiyah, Umrah Qadha’, Perang Hunain, Perang Yamamah di mana tangannya terpotong, serta pendengar hadith Rasulullah S.A.W “.
Nusaibah atau Ummu Umarah menceritakan sendiri pengalamannya ketika perang Uhud. Sebagaimana diungkapkan oleh Ibnu Sa’ad katanya : ” Pada permulaan siang, saya pergi ke Uhud dan saya melihat apa yang dilakukan orang. Pada waktu itu saya membawa tempat yang berisi air. Kemudian saya sampai kepada Rasulullah S.A.W. yang berada di tengah-tengah para sahabat. Ketika kaum muslimin mengalami kekalahan, saya melindungi Rasulullah S.A.W, kemudian ikut serta ke medan pertempuran. Saya berusaha melindungi Rasulullah S.A.W. dengan pedang, saya juga menggunakan panah sehingga akhirnya saya terluka.”
Ketika Said bin Ibnu Rabi menanyakan kepadanya luka yang dilihat dibelakangnya, bagaimana kisahnya sehingga terjadi demikian. Ummu Umarah lalu menjawab, ” Ibnu Qumaiah datang ingin menyerang baginda, ketika para sahabat sudah meninggalkan Rasulullah S.A.W. Lalu ia berkata, ” Tunjukkan aku di mana Muhammad, aku tidak akan selamat selagi dia masih hidup,” lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang sahabat termasuk saya menghadapinya. Kemudian Ibnu Qumaiah memukulku.
Imam Az-Azahabi berkata, ” Dia adalah wanita yang utama dan pejuang dari kalangan Ansar, Khazraj, Najjar, Mazin dan sebagai orang Madinah. Saudaranya Abdullah bin Ka’ab termasuk kelompok para sahabat yang ikut dalam perang Badar. Begitu juga saudaranya Abdul Rahman termasuk orang yang suka menangis.”
Al-Waqidi berkata : ” Ummu Umarah ikut serta dalam perang Uhud bersama-sama dua orang anaknya dari suaminya yang pertama. Ia keluar untuk memberi minum dengan membawa qirbah atau tempat air yang buruk. Ia juga ikut berperang dan mendapat cubaan yang baik sehingga mendapat dua belas kesan luka ditubuhnya “.
Imam Az-Azahabi meriwayatkan darinya bahawa dia berkata : ” Saya mendengar Rasulullah berkata : Sesungguhnya kedudukan Nusaibah pada hari ini lebih baik dari kedudukan fulan dan fulan.”
Rasulullah S.A.W. Mendoakan Ummu Umarah dan Anaknya
Imam Az-Azahabi dari Abdullah bin Zaid bin Ahsim ia berkata : ” Saya mengikuti perang Uhud, maka ketika para sahabat meninggalkan Rasulullah S.A.W., saya dan ibu saya mendekati baginda untuk melindunginya : ” Mana Ummu Umarah?” Saya menjawab, ” Ya, wahai Rasulullah, ” Baginda bersabda : ” Lemparkanlah. ” Saya pun melemparkan sebiji batu kepada yang sedang menunggang kuda di hadapan mereka. Akhirnya batu itu mengenai mata kuda. Kemudian saya tindih orang itu dengan batu dan Rasulullah melihatnya sambil tersenyum.
Baginda juga telah melihat luka ibuku di belakangnya, baginda bersabda, ” Ibumu, ibumu…balutlah lukanya. Ya Allah, jadikanlah mereka sahabat saya di syurga “. Mendengar itu ibuku berkata : ” Aku tidak hirau lagi apa yang menimpaku dari urusan dunia ini “.
Demikianlah keberanian yang terlihat dalam diri Ummu Umarah yang telah mengibarkan panji-panji Islam. Dia berusaha sekuat dayanya untuk melindungi dan membela Rasulullah S.A.W. Ummu Umarah telah berjuang dan terluka dalam perang Uhud sebanyak 12 tempat di tubuhnya dan kemudiannya kembali ke Madinah dengan luka-luka perjuangan tersebut. Kemudian dia turut serta bersama Rasulullah S.A.W. untuk menunaikan Bai’atur Ridhwan, satu janji setia untuk sanggup mati syahid di jalan Allah S.W.T.
Mudah-mudahan Allah S.W.T. mengurniakan limpah rahmat kepada Ummu Umarah dengan rahmat yang luas dan menyambutnya dengan keredhaanNya yang agung
dikutip dari http://ammar87.wordpress.com

SELAMAT DATANG NUSAIBAH

alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepada yang berhak kerana mengurniakan kesihatan dan keselamatan pada baby dan ibu. petang rabu 14 april tu still lagi pergi keje even due day dah, around pukul 5.30 petang terasa ada tanda2. ambik wudu' solat asar dulu kat tasneem. dah siap solat ajak anak2 balik umah. sampai kat umah ada tamu tetapi terpaksa meminta diri untuk naik atas sebab rasa tak selesa dan rasa nak bersihkan diri. (sorry ana...tak sempat nak rai tetamu) dah siap solat isyak and tidurkan anak2 around jam 9.30 mlm, barulah bertolak ke hosp sultanah bahiah. before dah contact doktor murizah. TQVM doktor. Rasa berat hati nak call sebab faham sangat dengan kesibukkan kak muri + anak kecil yang sentiasa mendamba kehadiran ibu...terharu jugak sampai2 doktor dah sampai kat spital pastu tunggu sampai delivered. dah kol 1 lebih baru kak muri balik. hanya Allah jualah yang mampu membalasnya. jam 12.50tgh mlm baru nusaibah menyapa dunia. hanya yang terbaik ummi dan abi doakan untukmu mujahidahku.

Wednesday, March 17, 2010

New Project

alhamdulillah tercapai juga hasrat nak siapkan brooch, hair clip n key chain ni. walaupun sengal2 belakang (dah dekat due dah) tapi kalau dah minat tu ok jer...hihi...tgh mendeco corak2 len plak...dah lama fikir nak buat projek ekonomi apa untuk adik2 sekolah. tiap kali jumpa mesti tanya...akhirnya ini yang Allah ilhamkan...try jer la test dulu...all the best. minggu depan dah start sekolah...malasnya nak keje...huhuhu