? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, December 5, 2009

Cuti Panjang

Sempena Aidiladha lepas, kebetulan pulak seiring dengan cuti sekolah kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti agak lama sikit di desa tercinta...klate nge ganu kiter. sepangjang perjalanan balik, gusar juga al maklum musim banjir. namun alhamdulillah sepanjang perjalanan tidak ada masalah. Kepulangan kami disambut mummy dengan makanan peberet kami sekuarga (kec hudzaifah) laksam kuah putih....mmm...laksam my mom memang pirst class (pujian biasa seorang anak).

Monday, November 16, 2009

MARI MENGHAFAL

KELAB REMAJA ISMA
MARI MENGHAFAL

MANFAATKAN MASA CUTI ANDA BERSAMA KELAB REMAJA ISMA

KELAB REMAJA ISMA ( KRIM ) MENGAMBIL KESEMPATAN DI MASA CUTI SEKOLAH INI UNTUK MENGAJAK REMAJA-REMAJA MEMANFAATKAN MASA CUTI MEREKA DENGAN MENGHAFAL SURAH-SURAH PILIHAN DI DALAM AL-QURAN.

HARI : AHAD—KHAMIS

MASA : 8 a.m – 10 a.m

TARIKH : 1 – 31 DISEMBER 2009

TENTATIF : MENGHAFAL QURAN ,

TAZKIRAH (5-10 MINIT)

BAYARAN : RM15

TEMPAT : 75C, TADIKA NUR TASNIM ,

TAMAN PULAI JAYA, JALAN

LANGGAR, ALOR SETAR.

SURAH—SURAH PILIHAN :

AS SAJADAH
AL INSAN
AL MULK
AL JUMAAH
AL MUNAFIQUN
AS SHAFF
AR RAHMAN
AL WAQIAH
DAN SURAH –SURAH LAIN
SYARAT :

LELAKI
UMUR 12—17 TAHUN
BOLEH MEMBACA ALQURAN
HUBUNGI :

SAUDARA HABIB :

0194557813

“BERSAMA MEMBINA GENERASI HARAPAN”

Friday, November 13, 2009

REZEKI


Hari ni kami sekeluarga menghadiri majlis hari anugerah kecemerlangan (IHTIFAL) Tadika Tasneem Bestari at SK Jitra. Seronok tengok persembahan kanak-kanak cilik yang bakal mewarisi tamadun ini dimasa depan. Setelah majlis selesai dan perut sudah terisi kami sekeluarga pun pulang. Ikutkan ada kenduri orang pergi haji. Tapi tak boleh nak pergi lunch time sebab husb ada kelas pukul 2. After habis kelas baru boleh pergi. Sedang fikir2 mau mengalas perut dengan apa, my husb balik dari solat zuhur bawa beberapa bekas makanan. Waahh nasi dagang dari tetangga yang murah hati. Last makan nasi dagang time raya hari tu. Sonoknya...alhamdulillah.
Kejiranan saya ni sangat harmoni. Punya tetangga yang prihatin dan baik budi merupakan anugerahNya yang sangat kami hargai. Kami sudah berpindah 3 Taman. Dan alhamdulillah di sinilah kami temui kejiranan yang the best. Kiranya kami ini bertuah jugalah. Sudahlah bermusafir dinegeri orang...dapat pula tetangga yang caring gitu...alhamdulillah syukur sesangat.

REHLAH PULAU MUTIARA




This is last week punya event. Sesambil my husb ada kerja kat Pantai Mutiara Bagan kami pun menyibuk sekali. Singgah solat dekat masjid USM + Lunch. Depan masjid USM terdapat both Timur Tengah punya food. Kami borong biskut saudi untuk bekalan anakanda yang suka sangat makan biskut. Pada mulanya beli sikit jer. Memandangkan pemuda yang menjual tu dari palestine (GAZA) semangat nak borong terus datang. Memang berbaloi...baloi..

Saturday, November 7, 2009

Dah Ada

Sudah penuh dengan semak samun blog sutraku nih..punyalah lama tidak diupdate sampaikan orang umah pun dah tegur...paling-paling tidak pun kongsi resepi yang masak ker apa ker...mmm... jadinya sempena nak potong riben untuk buang semak ni sutraku nak kongsi resepi yang sutraku buat pagi tadi. lama benar dah kepingin nak buat malangnya tatau resepi. setelah merayau-rayau kat internet ni jumpa juga resepi dia tapi kena alter sikit. jadinya sutraku post ni yang dah kira cun-cun untuk di masak.nama nya KUIH SOSEJ. teruja sangat nak buat seniri sebab anak2 memang suka sangat kuih ni. Lagi satu bila kita buat sendiri ni bahan dia tu kita cuba cari yang orang islam buat. kecuali mcm gandum ngan mauripan tu tak dapat nak diklasifikasikan. tp ada logo halal tu kira insyaAllah. tapi takder gambar close up.
bahan-bahan
1 kg tepung gandum
2 cawan air suam
1 paket yis segera(MAURIPAN)
2 sudu minyak (soya,canola.jagung etc)
3 sudu gula
1 sudu teh garam.(garam bukit HPA lagi bagus)
3 biji putih telur (utk golek ngan serbuk roti)
1 paket sosej AYAMAS/RAMLY
serbuk roti.
cara nak masak
-campur minyak + gula + garam + yis dengan air suam
-kacau dalam 2 min then masukkan sedikit demi sedikit dalam tepung gandum.
-uli sehingga jadi doh....kalau rasa keras tambah skit lagi air
-sosej potong dua n belah 4.means 1 btg = 8 bhgn.
-dah jadik doh, canaikan nipis2...letak inti dia(sosej)
-celup dalam putih telur then masukkan dalam serbuk roti(basuh telur bersih2, bukan amik syarat jer)
-pastu boleh goreng dalam minyak yg panas.
-hidang besama sos cili/pencicah ZUZA ker apa yang dicampur dgn mayonis (anak saya kata sos white)

saya pakai 1 kg gandum dapat dalam around 110 batang. itu pun awal2 tu semuanya saiz kuih hotdog saya tu saiz premium..ngeh..ngeh...tp dah lelama sikit tu baru jadi comey-comey mcm kat kedai tu...kalau saiz kedai tu saya agak boleh dapat dalam 130 biji.tapi hotdog tu kena potong nipis lagi la...kalau tak kena beli 2 paket. Bagi kat jejiran then bakinya dalam 60- 70 biji (banyak jg) saya goreng half...simpan kat freezer. jadik ala2 frozen food.

actually sesiapa pun kalau percubaan pertamanya tu menjadi, sememangnya rasa gumbira tu tak dapatlah nak digambarkan dengan kata-kata. Masak ker menjahit ker, buat system ker, buat audit ker apa2 jer tapinya kalau nak mencetak manusia ni tak sebegitu. Jalannya sangat panjang dan tak dapat nak diduga. kerana disana datang bersamanya satu pakej yang berbentuk ganjaran yang juga tak dapat kita duga sehebat dan seindah mana. Apa saja yang kita lakukan, kita mulakan dengan namaNya. Niatkan keranaNya. Wallahuaklam...

Monday, August 24, 2009

SALAM RAMADHAN

Buat semua pengunjung salam ramadhan al mubarak dan mohon ampun dan maaf segala salah dan silap...semoga ramdhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Thursday, August 13, 2009

H1N1 konspirasi kapitalis buat duit

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.
Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".
Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.
Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.
Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.
Apa sebenarnya semua fenomena ini?Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:
"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi. Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat. Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan. Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah. Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka. Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal. Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu. Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet. Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap. Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan. Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya. Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

dipetik from malaysiakini.com

Tuesday, August 11, 2009

Bahaya yang tersirat


Dari Abdullah bin Amr Sabda Rasulullah saw "Bila Parsi dan Rom ditakluki, kamu akan menjadi umat yang mana?" Kata Abdul Rahman bin Auf..Kami menjawab "menjadi umat sebagaimana yang diperintahkan Allah!" Sabda Rasulullah saw "Atau mungkin tidak demikian, di mana kamu berlumba-lumba dengan kemewahan dunia, kemudian saling iri hati, saling tak mahu mengambil tahu, saling bermusuhan atau seumpamanya".(HR Muslim)
Daripada hadis tersebut, Rasulullah SAW telah menggambarkan kepada kita satu fenomena mengenai hari depan umat Islam. Itulah mukjizat yang Allah anugerahkan kepada Rasulullah. Sejarah seterusnya telah membuktikan sabda Rasulullah itu dengan penaklukan Parsi dizaman Umar Al Khattab, langsung Rom dan Syam ketika dizaman Khulafa' Ar Rashideen. namun dengan jawapan yang jitu daripada Abdul Rahman bin Auf yang cuba meyakinkan Rasulullah SAW dengan menyatakan bahawa, mereka mampu hidup dalam keimanan melewati arus apa pun yang melanda,lapang atau sempit.
Sungguh memang benar Abdul Rahman bin Auf dan sahabat-sahabat mengotakan janji mereka, tetapi tidak generasi yang selepasnya. Bermula daripada kisah pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan hingga hancurnya kota Baghdad menandakan runtuhnya kekuasaan Bani Abbasiyah. Kaum muslimin telah terjerumus ke dalam fitnah yang berpanjangan dan fitnah yang tersirat. Ternyata bila disoroti ternyata fitnah yang paling ketara adalah kekuasaan dan harta. Inilah bahaya-bahaya yang sentiasa mengintip dan memburu umat Islam. Sesungguhnya kemewahan dunia telah menimbulkan pelbagai penyakit sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW tatanaafasuun (saling mementingkan diri) tatahaasaduun (saling mendengki), tatadaabaruun (saling membelakangi) dan tatabaaghoduun (saling memusuhi)).
sama-sama kita renungi putra-putri akidah...berapa banyak darah sesama muslim yang mengalir disepanjang sejarah ini. Kita ditakdirkan untuk lahir dizaman ini. Dikala manusia diambang jahili. Menikmati kehidupan dalam kealpaan yang panjang. Kemaksiatan berjalan diatas karpet merah sementara kebaikan dan kebenaran tertinggal jauh dibelakang. Kalau pun cuba diketengahkan sudah bercampur baur antara hak dan batil. Umpama pakaian batil dimake up dengan hak...Namun apa jua keadaan, niat dan apa juga wacana nya...yang hak tak akan bersama dengan yang batil...itu satu kepastian..Oleh kerana itu sama-samalah kita cuba merawat, kerana setiap dari kita pasti sekali ingin menangguk saham dalam pembinaan semula matlamat kita.Ayuhh!!!

Wednesday, July 22, 2009

Israk dan Mikraj


Sedikit perkongsian yang dapat dilakarkan di atas meja kehidupan....

SIBUK...TAK SEMPAT...agaknya kalau dalam sehari berapa kali kalimah ini melintas benak fikiran kita atau pun meniti dibibir kita...tak pun kita menzahirkan dengan tingkahlaku kita. Kalau sembang ngan student...SIBUK ....pensyarah...pegawai...pengurus...kerani...tukang kebun...postman...cikgu..SIBUK...tukang masak lagila sibuk...suri rumah pun sibuk juga...cikgu yang aktif di sekolah..atau yg kurang produktif...bila duduk sembang perkataan yg sinonim bila mahu diberi sebarang tugasan...tak sempat dah...sibuk sekarang ni...semuanya adalah berputar pada orbit yang satu ini iaitu MASA.

Jika mahu difikirkan dengan akal yang waras tanpa iman yang sahih,pada zaman Rasulullah(saw) dahulu....memang satu perkara yang sangat aneh, Rasulullah(saw)diperjalankan hanya dalam satu malam sahaja. Namun itulah yang dikatakan kuasa Allah pemilik sekalian alam ini. Allah memberi kelapangan kepada sesiapa yang dikehendaki dan memberi kesempitan kepada sesiapa yang dikehendaki. Arakian jua dengan masa yang diperuntukkan dalam kehidupan harian kita. Allah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang bertolong dalam urusan Allah maka Allah akan memberi kelapagan dalam urusannya. Jika dalam masa satu malam Rasulullah(saw) bisa diisrakkan, itulah lambang keluasan dan kelapangan yang Allah berikan kepada makhluknya. semalaman, org lain hanya mampu merehatkan badan tetapi Rasulullah diisrakkan oleh Allah swt. Jika hari ini kita mengatakan kita tidak mampu melaksanakan amalan-amalan tertentu (dlm urusan agama Allah terutamanya ) lantaran SIBUK kita...maka kita wajib renung sejenak...di mana letaknya kita disisi Allah. Harus kita yakini...bahawa MASA itu adalah milikNya. Keluasan...kelapangan....mahupun kesempitan.... Sesungguhnya tiada alasan dalam hendak beramal dijalan Allah kerana segalanya sudah Allah janjikan dengan begitu jelas dan nyata...

Sunday, July 19, 2009

Natrah/Maria Bertha Hertogh


Natrah/Maria Bertha Hertogh meninggal
9 July, 2009 in Islam Tags: Bertha Hertogh, Che Aminah, Hertogh, Mansor Abdi, Natrah, rusuhan Natrah 2 comments

Sesungguh taufiq dan hidayah itu hanya dari Allah s.w.t.

*************************************

dipetik dari Bernama: Maria Hertogh Atau Natrah Meninggal Dunia Di Belanda Pada Usia 72 Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) — Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

“Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya,” kata Dr Fauziah.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.

– BERNAMA

*********************************

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.


Susur galur
- 1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
- Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
- Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
- 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
- 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
- September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.
- 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
- 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
- 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura
- 24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura
- 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
- 19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
- 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
- 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.
- 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
- Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
- 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
- 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.
- 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
- Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.
- 15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
- Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
- Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
- 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
- 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.
- 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.
- 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
- 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
- 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.
- 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
- 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.
- 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
- 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
- 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.
- 25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.
- 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
- 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
- 1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
- Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.
- 1983 Bertha bercerai dengan Tom Ballermans
- 1984 Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
- 15 September 1984 Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.[perlu petikan]
- Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

sumber : akarimomar.wordpress.com

Thursday, July 16, 2009

SIRI PERINGATAN

Wahai penasihat manusia
Engkau jadi orang tertuduh
Sebab mencela urusan sejumlah manusia
Sedangkan engkau sendiri melakukannya
Engkau nasihati mereka dengan sungguh-sungguh
Sementara Demi Umurku, hal-hal tercela
Engkau malah melakukannya
Engkau cela dunia dan manusia
Kerana berharap mendapatkannya
Bahkan engkau paling rakus
Terhadap dunia didepan mata...

Wednesday, July 8, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Hari lahir....2day is my bufday..tapi semalam dah celebrate awal2 dengan my husb n anak2 coz 2day khamis my husb nak puasa...dok mencari-cari apa kah hadiah untuk diri sendiri pada tahun ni...at last malas pula nak melangkah ke shopping mall tuh. Dalam perjalanan balik saya melihat deretan pokok ala2 africa mohagany disebuah kilang padi.Tersusun dengan teliti mengikut gaya ombak.walaupun dah melebihi ketinggian atap kilang tersebut, tapi masih mengekalkan bentuk ombak yang indah. mmm....kalau sandbox tree pun cantik juga (getus hati saya)....tentunya orang yang menanam pokok tersebut mempunyai perancangan yang teliti untuk menghasilkan deretan pokok yang beralun.Kalau tak mana mungkin pokok tersebut boleh kekal beralun walau dah meninggi sebegitu rupa. Jua tentunya orang yang menanam pula memiliki ilmu bagaimana mahu merancang dan menanam supaya pokok tersebut tumbuh seperti yang dikehendaki.
itu baru bab menanam pokok. chapter nak menanam amal kat muka bumi ini pun tak kurang hebatnya juga...perlu kepada perancangan dan ilmu agar tanaman tersebut mampu dituai diakhirat kelak. Sekiranya ilmu dan perancangan tidak dimanfaatkan dengan perlaksanaan amali,justeru tidak membuahkan apa-apa hasil yang boleh dibanggakan, tak ada gunanya juga.
Rata-rata menyedari bahawa kehidupan yang dibentangkan ini cuma sekali ini sahaja. Penghujungnya tiada siapa yang dapat meneka. Sewajarnya kita senantiasa dalam keadaan bersedia kerana masa akhir satu rahsia. terusik jua kala menghitung usia...wah sudah sampai ke angka 29. kalau saiyyidatina fatimah...umur akhirnya adalah 28 tahun...namun pelbagai lembar kebaikan dirinya yang dipapar menerusi seerah kenabian. kalau mahu diceritakan memang tidak mampu sutraku mengupasnya, sebab memang tersangat banyak.apakah yang boleh aku banggakan dari amalanku????tenung2 mmm...masih terlalu fakir dan miskinnya amalan....setiap kali diri merasa keletihan dengan tugas2 rumahtangga terlintas jua kisah puteri Rasulullah ini. berkali-kali saidina Ali menyuruhnya berjumpa Rasulullah untuk meminta pembantu....barulah dia berjumpa ayahandanya. itupun dengan perasaan yang sangat malu...mmm..apalah sangat dengan kerja2 seharian kita...cuci baju..masak...semua main petik2 jer...itu pun masih tak terbuat juga....(saya la tu)
Rentetan kehidupan..tak dapat lari daripada mahu bersenang-senang...yang indah-indah...yang sedap-sedap...itulah sabda Nabi ada menyebut 'Demi Allah, tidaklah kefakiran lebih aku takutkan atas kalian, tetapi aku lebih mengkhawatirkan kalau dunia menguasai kalian, sebagaimana telah menguasai orang2 sebelum kalian, sehingga kalian saling berlumba-lumba untuk memperolehinya(HR Bukhari n Muslim). Terlalu banyak seerah yang memaparkan kisah individu yang tersadung ditinta kesenangan. Namun itu jua menjadi hambatan ramai manusia. Tanya saja siapa tamau kaya, tanya saja siapa tamau berkuasa kerana dunia hari ini dicanang dengannya. Tidak berjaya jika tidak kaya.Tidak berjaya jika tidak berkuasa. Benarkah??? bukan prejudis. Tidak salah jika hati kita mampu mengendalikannya. Jika iman kita mampu ambillah dengan kedua tangan sekalipun. Jika rasa iman kita ampuh..ambillah sebelah tangan sahaja kerana itu lebih baik bagi hati yang mengingati mati. Terpulang pada ilmu dan hikmah jua kewara'kan yang dimiliki.

sekadar coretan sifakir yang masih dalam perjalanan memperbaiki diri.allahu 'alam.

Thursday, June 25, 2009

Selamat Hari Bapa


Walaupun dah berlalu tapi rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan happy belated father's day hehehe buat para bapa...entry kali ni saya teringin pula nak story pasal arwah ayah..JUSOH B HJ AWANG...supercoolman yg penah saya ketemu...arwah meninggal pada 25 MEI 1992 jam lebih kurang pukul 2.45ptg jumaat yang dingin dan syahdu.(al fatihah). ketika itu usia saya baru menginjak 12 tahun. ketika dihujung hayatnya dia selalu memanggil saya untuk memicit-micit badan dia yang selalu lenguh. arwah rajin bangun malam...setiap kali saya terjaga...kadang-kadang seawal jam 3 pagi saya sudah nampak samar2 kelibatnya diatas sejadah.

masih saya ingat lagi pada suatu malam semasa pulang dari sembahyang isyak disurau arwah bercerita kepada saya "adik tadi semasa nak pergi ke surau ayah 3 kali berenti duduk...penat sangat rasanya"(sedangkan surau selang 3 4 buah rumah jer dari rumah saya) saya membalas.."ayahkan sakit..kenapa tak sembahyang kat rumah jer???" ayah hanya menjawab dengan senyuman sahaja.mmm sekarang saya sangat mengerti senyuman ayah itu. pada pagi jumaat tu ayah cuma solat duduk...mmm kala itu saya memahami ayah memang tak mampu untuk berdiri dah....tatkala bumi terang saya mengambil keputusan menghubungi abang saya yang ketika itu berada dipulau perhentian, dengan mengayuh basikal ke public phone...nasib baik juga dia menggunakan ATUR pada waktu tu.tapi gagal dihubungi sebab faham2 je la coverage dulu2.saya tak tau nak buat apa.saya menangis kat situ.then saya terlintas meminta bantuan operator...tp operator pun tak boleh nak bantu sebab kat pulau memang susah dapat coverage.saya pulang dengan hampa sekali.

selalu ayah selalu cakap dia nak ke masjid solat jumaat. tp hari tu ayah diam jer..ayah cuma cakap kalau dia meninggal kebumikannya disekitar pusara arwah ibu dan bapanya.mak dah tak sedap hati...ketika imam surau balik dari masjid mak mengkhabarkan berita ayah dan imam terus datang tanpa sempat menjamah makan tengahari. imam datang dan duduk saja disisi ayah. ayah dengan imam memang sangat rapa. saya tak mampu lagi menyaksikan keadaan tersebut dan saya masuk ke dalam bilik. saya dengar imam mengajarkan ayah kalimah tauhid.....dan abang masuk kebilik saya mengambil kain dan kain serban ayah...saya melihat mak menangis...dan saya sangat mengerti ketika itu...

mmm..sedih la plak story nye..kepada yang masih punya ayah...manafaatkan masa2 bersamanya...bersyukurlah kerana anda masih mampu mendengar suaranya...melihat kelibatnya...buat si ayah yang berada dalam rumah saya...saya sentiasa doakan moga menjadi murabbi terbaik buat anak2.

saat bersamamu
tak terasa waktu yang berlalu
walau kita tak bertemu
doaku sentiasa bersamamu
mengiringi kembaramu
dalam dingin bayu
ku pohon padaMu
tempatkanlah dia di situ
di Syurga yang kurindu

PERKARA YG SAYA SUKA ADA PADA AYAH
1.sangat bertegas dalam bab agama
2.tak suka duduk warung
3.tak merokok
4.rajin baca quran n qiam
5.rajin pergi masjid
6.suka bawa saya jalan2
7.sangat bertegas dalam soal pergaulan
(penah kena rotan sbb main tali getah ngan budak laki)
8.suka berdikari (kain baju basuh seniri)
banyak tak terceritalah rasanya....tp yang paling best ayah mesti backing saya kalau gaduh2 sebab sayakan paling kecik...hehehe..

Wednesday, June 10, 2009

Post Mortem Amalan!!!


AMALAN...menyentuh soal berkaitan dengan amalan..pertama sekali adalah kita harus tunding kepada batang hidung kita sendiri dahulu (itu semestinya) dalam beramal kadang-kadang kita merasakan kita ni dah cukup baik dah...solat?? ok cukup..sunat pun ada..qiam kadang2 bangun juga..Quran?? ok baca hampir everyday...puasa??? mmm kadang2 puasa juga sunat..ok la tuu...sedekah..mm slalu..slalu..baik material mahupun tenaga. zikir?? mm mathurat tu hampir everyday juga juga walaupun tak 2 kali sehari...sekali skala jer lupa..tu pun time bz sesangat lah...
mmm petaka yang besarlah bagi diri kita seandainya kita merasa cukup dengan setiap amalan yang kita lakukan...dan kita juga jangan alpa tetang amalan-amalan yang memerlukan kita kepada TAUBAT...tak kira TAUBAT NASUHA ke apa...yang penting kena sentiasa bertaubat agar amalan kita yang tidak berapa elok tu di ampunkan oleh Rabb..Ameenn...
Sebenarnya menyentuh tentang AMALAN.. memang tidak dapat dinafikan bukanlah susah jika kita hendak melakukan perkara kebaikan ni...tetapi yang susahnya adalah untuk kita sentiasa tetap beristiqamah dengan perkara kebaikan tersebut...apatah lagi untuk meningkatkan prestasi amalan kebaikan tersebut. daripada 2 pages sehari kepada 3 dan 4 dan 5...daripada bacaan...kepada hafazan...(QURAN) mmm bukan mudah kita nak laksanakannya.....semuanya perlu kepada mujahadah yang tinggi..disamping suasana yang membantu kepada proses mujahadah tersebut. agar kita bukan berangan-angan sahaja untuk masuk syurga...sama-samalah saya yang menulis ini dan anda yang sedang membaca, hargailah setiap detik masa yang berlalu. moga masa kita tidak terbiar tanpa mengingatiNya. tetapkan iktiqad kita pada jalan Allah seperti yang termaktub dalam surat cinta dari Nya
"Dan bahawa inilah jalan ku yang lurus, maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yg lain) kerana jalan-jalan itu menceraikan kamu dari jalanNya. yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertaqwa" (Al-An'am :153)

Hanya Allah jualah petunjuk segala kebenaran...

Tuesday, June 9, 2009

ZIARAH


1. ziarahlah penjara sekali seumur hidup, agar engkau mengenal anugerah Allah melalui kebebasan
2. ziarahlah mahkamah sekali setahun agar engkau sedari pemberian Allah kepada engkau melalui peribadi yang mulia.
3. ziarahlah hospital sekali sebulan agar engkau mengetahui anugerah Allah melalui sihat dan sakit.
4. ziarahlah kebun sekali seminggu agar engkau mengetahui anugerah Allah melalui kecantikkan alam ini.
5. ziarahlah perpustakaan sekali sehari agar engkau mengetahui anugerah Allah melalui akal.
6. ziarahlah Tuhan engkau setiap masa agar engkau mengetahui anugerah Allah melalui nikmat kehidupan.

sumber...peristiwa bil 005

Monday, June 8, 2009

Walimatul Urus


MMM..entry kali ini bukanlah jemputan kawin...kerana dikalangan adik beradik kami semuanya sudah berkeluarga. memandangkan kini dalam musim cuti sekolah maka biasanya inilah mood kawin yang mana kenduri kawin di sana sini, sampai kalau perut ni boleh bercakap...aduhai..mmg kesian kat dia..
pabila ke majlis2 begini saya terimbau kembali kenangan kami dulu. perkahwinan saya disusun oleh nakibah saya...jadinya tiada istilah cintan cintun.kami menaruh kepercayaan bulat2 kepada mas'ulah kami, dan alhamdulillah mas'ulah kami telah menjalankan amanah dgn baik sekali .hiks.berbalik semula kepada cerita asal, bukan kisah saya ingin saya kongsikan cumanya selembar kisah masyarakat yang ada dizaman kita ni. al kisah family saya ni jenis yang simple. daripada majlis kawin, hantaran mahupun maskawin...bila d other side tanya...jawapannya..tak kisah bawa jela yang mampu...alhamdulillah saya terlepas dari ujian2 bab nak kawin. tetapi yang kecohnya adalah tetangga saya... kerana nya hantaran yang murah...majlis yang simple..majlis resepsi2 sumer tu memang tak ada.tapi saya sangat berbangga kerana dalam keadaan masyarakat yg maha materialistik ini...hantaran saya sebegitu (rahsia hehehe)....natijahnya zauj saya takyah pening2 kepala...dan lepas tu kami boleh hidup aman sejahtera dan terus merencana matlamat kami berdasarkan nawaitu baitul kami didirikan.dan atas ketidak cerewetan saya dan famili dalam mengendalikan majlis kami, alhamdulillah zauj dan saya gunakan wang simpanan yang ada utk menunaikan rukun yg ke 5.syukur padaMU ya Rabb atas nikmat yang melimpah ruah ini.
berbalik kepada al kisah tetangga saya yg pada masa sama mengahwinkan jg sidaranya dengan hantaran 10k.kecoh la 5 biji kampung akan hantaran yang tinggi itu. dan dengan bangganya si emak bercerita tentang si bakal menantunya itu.ibu saya cuma menjawab "saya tak kisah, org nak terima anak saya pun saya syukur sangat dah." balas tetangga saya kembali..."kalau saya, saya tak akan bagi kawin.bukan tak laku anak kita, berpelajaran, berketurunan, orang nak murah2 sori.." (ayat saya oleh seniri) mmm itulah stigma masyarakat kita. mas kawin dan hantaran tu ibarat harga diri. kalau 100k sekalipun maskawin nya...itukah harga diri???...sungguh murah sekali...pada saya itu bukan ukurannya. harga diri kukuh terpasak dlm diri kita.tiada galang ganti nya...dipendekkan cerita baitul puterinya itu sempat bertahan kurang setahun.dan saya sangat terpaku mendengar khabar mendukakan itu.
saya bentangkan kisah ini agar dijadikan pedoman. keberkatan adalah perkara pertama kita cari apabila kita mendambakan sebuah ikatan. tanpa keberkatan apalah ertinya ikatan yang terbina. kalau pun kekal tiada seri dan cahayanya. ingatlah.posting saya sebelum ini ada tentang resepi utk mendapat berkat ini. adunlah resepi tersebut dengan sabar dan taqwa...insyaAllah anda akan memetik hasil nya yang tentunya manissss sekali....tak percaya???try tengok...suatu masa awak akan ingat al kisah saya ini...mmm

Sunday, May 31, 2009

APA YANG KITA ADA???


Apabila mengenang kembali kisah sahabiah-sahabiah seperti Ummu Syuraik, yang berdakwah dari pintu ke pintu dalam fasa untuk menyebarkan akidah yang satu, sehingga walau diseksa dan dipenjara sedikit pun tidak gentar semangatnya. Zinnirah seorang sahabiah yang diseksa sehingga buta matanya namun untuk berpaling dari agama yang suci ini tidak sekali-kali. sehinggakan Allah memberikan kembali penglihatannya. Ummu Salamah mengharungi hidup yang sangat mendukacitakan, berpisah dengan anak yang masih kecil dan suami ekoran keislamannya. banyak lagi kisah-kisah sahabiah yang perlu di baca dan di bedah agar kita merasa ditakuk manakah islam yang kita anuti ini. menyoroti kisah para sahabiah jelas memperlihatkan bahawa hidup kita ini tiada apa-apa. kalau ada pun mungkin sekelumit daripada mehnah dan tribulasi yang telah dilalui oleh sahabiah bahkan lebih kecil lagi.

jika dapat kita amik hati kita dan keyakinan kita, keluarkan dari badan kita apakah yang kita boleh banggakan agaknya sebagai seorang individu yang mengaku seorang muslim????IMAN?? sejauh manakah kita memberi perhatian kepadanya. Rasanya kita lebih memikirkan tentang menu apa yang mau dimakan nanti berbandingan dengan apa iman kita mahu dihidangkan pada hari ini. solat kita hanya kita sahaja boleh merasa takat suhunya. kemanisan dalam setiap ibadah yang kita persembahkan pada Rabb kita setiap saat dan waktu, hanya kita yang merasakannya...sejuk membeku ataupun sebaliknya mahupun pertengahannya.

tidak dapat dinafikan kita kadang-kadang lebih takutkan seseorang berbanding dengan Rabb yang menjadi tuan kehidupan kita. Kalau kita takut kepada boss kita, kalau tanpanya kita masih lagi mampu makan, masih mampu tidor, qada hajat dan sebagainya. namun jika tanpa izin pencipta kita, hatta nak membuka kelopak matapun tak termampu. namun apalah daya jika hati sudah tidak terisi dengan keindahan dalam berakidah. tidak merasai kemanisan dalam memupuk iman dihati. akhirnya kita kalis dengan semua itu. solat tanpa ruh, kita tidak merasa apa-apa. bicara tanpa manfaat...itu yang terbiasa...melanggar syariat itu yg banyak...tak kisah asalkan trendy, up to date. Kenapa mesti langgar syariat baru trendy???baru stylish???kenapa??? Apa yang telah kita usahakan untuk akidah kita hari ini. jika satu masa semua ini akan kita present depan pencipta kita, tidak mahukah kita presentkan 'paperwork' yang berkualiti yang telah kita jalankan eksperiman nya......ANALISA...ANALISA...ISLAMKAH KITA...R U MUSLIM????

Tuesday, May 19, 2009

Sekadar bicara

Alhamdulillah setelah sekian lama tak diupdate...berpeluang juga kali ni untuk mengupdate..(ini pun kena oncall ni)...membaca komentar dari adik-adik, membuatkan hati terpanggil untuk mencari peluang update kan juga blog sutraku ni..cuma sekadar bicara santai namun diharap dapat juga menyentuh hati nurani sebagai insan yang bergelar hamba...yang masih berkelana mencari restu Pencipta...saban hari waktu dan saat kita seringkali sibuk...terkejar sana sini (apa yang dikejar pun tak tahulah) sehinggakan kita lupa kita angkat takbir...kita sedang rukuk...kita sedang sujud...kita lupa..tenggelam dalam seribu tugasan dan kerja2 yang menggasak minda...sedar2 sudah tahyat akhir...tau pun dah bagi salam....pernahkan anda berada di situasi begini...untuk saya...PERNAH...kdg-kdg SERINGKALI...sedihnya bila kita muhasabah balik...berlalu begitu sahaja date kita dengan Rabb..yang menjadikan kita..bumi dan paksi..uhhh..mudah sungguh meluahkan dengan kata-kata...terasa bergetar hati...dek kerana memikirkan tanggungjawab setelah menulis ni...mmm..atas dasar memperingati diri juga...jikalau dapat di piawaikan dengan bunga...agaknya bunga apa yang kita dapat ketika subuh tadi???zohor??asar pula???sampai mata terlena..bunga tahi ayam...bunga kertas..atau pun bunga mawar yang harumnya menawan setiap deria bau yang tercium baunya..???mm..tanyalah diri kita???

Monday, May 11, 2009

MOTHER'S DAY

Sempena hari ibu ini bagi ibu-ibu yg sudah memiliki title tersebut pada waktu dan saat ini mungkin dapat merasakan betapa indahnya kala bergelar seorang ibu...mm..samalah dengan sutraku...terasa dunia ini ana yang punya...nikmat yang tak semua Allah izinkan hambaNya untuk merasa...beruntunglah pada yang memerolehinya..sebagai seorang ummi...hadiah yang saya impikan adalah anak2 ummi menjadi insan yang cemerlang AKHIRATNYA...hebat DUNIANYA...itulah impian ummi...

JODOH???

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.


Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata. Akhawat, maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.

‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’
Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namum, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.

Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…

Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia’’

copy from...ismakedah.wordpress.com

Sunday, April 26, 2009

KENANGAN YG TERSEMAI


Setiap hari berlalu setiap saat masa beredar...akan sentiasa membawa satu petanda iaitu umur kita semakin meningkat dan ajal kita kian mendatang...bila di mana kenapa dan bagaimana...semuanya tak terjangkau dek pemikiran kita makhluk ciptaanNya...terkenang memori lalu kiranya saat yang paling indah kut dalam kehidupan dalam erti kata berukhuwwah dijalan Allah...
sesiapa saja pasti merindui zaman uni...di mana kita sentiasa bersama...tak kira susah mahupun senang..sakit mahupun sihat...hatta wang disaku hanya ada RM10 jika sahabat ingin meminjam dikasik saja tanpa berfikir panjang sedangkan perut berkeroncong minta diisi tak dipedulikan lagi...indahnya ukhuwwah fillah...
setiap masa beredar seiring dengan situasi dan posisi kita pun beredar...dari seorang pelajar...mahasiswi sehingga kepada profesion masing2...dari seorang anak kepada seorang mama seterusnya mama tuk...segalanya menuntut komitmen yang jitu dan tinggi...secara tanpa disedari ukhuwwah yang tersemi makin pudar dan malap...tambahan pula jika dibatasi geografi yg beribu batu...jua marhalah tarbiyyah yg terbantut, tiada siapa yang mampu menyekat kemaraan situasi tersebut...namun janganlah kita cepat mengalah...walaupun tiada masa dan upaya...tiada kesempatan utk memberi peluang kepada usaha...berdoalah...hantarkan kepada sahabat2 untaian doa2...moga ikatan ini tak akan padam walau dibatasi kesibukan dan jua jarak geografi..
sahabat yang jauh dimata...LAH..SALMIZA..JA..NOR...NUYU...AYA..ANA..AIN..DEWI..KAK TIA..DIANAH...NOMI..SABA'...JIHAH..KAK TI...ADIK2 SMSAH YG SENTIASA D HATI DAN YG LAIN...moga ruh ukhuwwah mengalir dalam doa2 harian kita..

Tuesday, April 14, 2009

KEKASIH ABADI

Kekasihku
Sebelum aku kenaliMu
Aku beradu dalam katil khilaf
Aku berbicara dalam kamar kalut
Aku bermain dalam kebun keliru

Kekasihku
Sesudah aku kenaliMu
Jasad rasa pembersihan diri
Jiwa rasa penyucian abadi

Kekasihku
Aku syukur temuiMu
Dalam mata fikirku
Dalam mata hatiku

Kekasihku
Tari telingaku dengar khutbahMu
Seri mataku tatap kitabMu
Suci mulutku lafaz kalimahMu

Aku sujud kekiblatMu
KaabahMu

Monday, April 13, 2009

DESTINASI....


Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga untuk titipkan sesuatu...agak sukar juga untuk jadi blogger rupanya...insyaAllah dengan kudrat yang diberikan olehNya..selagi akal masih berfungsi...sutraku akan cuba menghidupkan lamannya yang dah hampir sebulan tidak mempunyai sebarang entry...

Rencah sebuah perjalanan kehidupan...berbeza antara setiap individu...namun sesuatu yang kita tidak patut alpa..setiap kejadian ada hikmahnya..Allah tidak menjadikan sesuatu perkara melainkan ada hikmah yang besar disebaliknya. sama ada seseorang itu mengambil manafaat atau mudarat, bergantung pada sejauh mana dia mampu mengenal istilah HIKMAH tersebut.

Sesekali punya peluang..sutraku merayau ke blog-blog sahabat, pelbagai kisah kehidupan yang dipaparkan dan ada tekadang merembes juga air mata menerjah pipi. namun itulah warna-warna kehidupan, yang mana tanpanya tak mungkin kita menjadi seperti hari ini.hidup cuma sekali dan mati juga hanya sekali. warna bagaimana yang kita mahu lukis dalam kehidupan kita, bergantung kepada keputusan yang akan kita ambil. dan setiap yang berlaku jangan sesekali kita belajar untuk menunding jari kepada pihak yang lain...sebaliknya lihatlah kedalam diri..ujilah peribadi...nilaikanlah dengan sahsiah diri...dan yang paling disuruh Allah muhasabahlah diri...

pagi tadi sutraku mendapat satu berita...berita tentang sebuah kematian..sebuah bas kemalangan dan meragut 6 nyawa...antara yang terselamat adalah jiran depan rumah sutraku..alhamdulillah Allah masih mengizinkan kita semua untuk mengutip amal didunia fana ini...satu masa kita akan pulang ke kampung kita...kampung yang abadi dan hakiki...di sana tiada lagi dengki dan iri...tiada lagi pangkat dan puji...ahh beruntungnya orang2 yang berjaya di sana...sama-sama kita berlumba untuk mendapat tempat di sana...

Saturday, March 21, 2009

Pinjaman Menguntungkan


Sedang Saidina Ali k.w dalam perjalanan hendak membeli makanan utk keluarganya, dia bertemu seorang lelaki yang berkata, "Siapakah yang hendak meminjamkan kepada Allah suatu pinjaman yang baik?" mendengar tawaran itu, Saidina Ali pun memberikan wang enam dirham yang ada padanya. Tidak lama kemudian Saidina Ali bertemu seorang lelaki dengan untanya. Kata lelaki itu, "Wahai bapa Hassan, belilah unta ini."
"Aku tidak punya wang untuk membelinya,"
"Aku jualkan unta ini kepadamu dengan harga 100 dirham. Wangnya bolehlah kamu bayar kemudian."
Saidina Ali bersetuju. Setelah itu Saidina Ali k.w berjumpa pula dengan seorang lelaki lain yang hendak membeli untanya.
"Berapa harganya?"
"300 dirham" jawab Saidina Ali.
Lalu lelaki itu membeli unta itu dan membayarnya secara tunai. Saidina Ali pun pulang kerumah membawa wang 300 dirham dengan gembiranya.
Rasulullah saw memberitahu Saidina Ali k.w bahawa orang yang menjual unta itu ialah malaikat Jibril dan yang membeli untanya ialah Israfil. Kata Baginda "Wahai Ali, kamu sungguh beruntung, kerana kamu berikan pinjaman kepada Allah swt enam dirham. Sebagai balasannya, Allah memberikan kepada kamu 300 dirham."

alangkah beruntungnya orang yang Allah kurniakan kepada mereka rezeki lalu mereka membelanjakannya dijalan Allah tanpa banyak persoalan dan perhitungan...hanya Dia yang Maha Halus perhitunganNya

Friday, March 20, 2009

TARAAA...come out wif our new design


tinta orang baru
adat nyer tumpul dan kaku
manakan sekufu
dengan tinta orang terdahulu

tinta org baru
masih mencari restu
dicelahan tajam pena terdahulu

tinta orang baru
walau alir nya lesu
tiada ruh dan lagu
namun ianya adalah satu
jauh didalam tersimpan sebuah nawaitu

tinta orang baru
mengorak langkah mencipta tuju
dalam deruan resah menderu
kerana nawaitu
pedulikan semua itu
serahkan kepada yang Satu
kerana hanya Dialah yang Maha Tahu