alhamdulillah tercapai juga hasrat nak siapkan brooch, hair clip n key chain ni. walaupun sengal2 belakang (dah dekat due dah) tapi kalau dah minat tu ok jer...hihi...tgh mendeco corak2 len plak...dah lama fikir nak buat projek ekonomi apa untuk adik2 sekolah. tiap kali jumpa mesti tanya...akhirnya ini yang Allah ilhamkan...try jer la test dulu...all the best. minggu depan dah start sekolah...malasnya nak keje...huhuhu
Wednesday, March 17, 2010
Projek cuti sekolah
key chain (rm2.50 - rm4.00) bergantung kepada design -sold-
Posted by Ummu Hudzaifah at 7:22 PM
Saturday, December 5, 2009
Cuti Panjang
Sempena Aidiladha lepas, kebetulan pulak seiring dengan cuti sekolah kami sekeluarga mengambil keputusan untuk bercuti agak lama sikit di desa tercinta...klate nge ganu kiter. sepangjang perjalanan balik, gusar juga al maklum musim banjir. namun alhamdulillah sepanjang perjalanan tidak ada masalah. Kepulangan kami disambut mummy dengan makanan peberet kami sekuarga (kec hudzaifah) laksam kuah putih....mmm...laksam my mom memang pirst class (pujian biasa seorang anak).
Posted by Ummu Hudzaifah at 3:39 PM
Monday, November 16, 2009
MARI MENGHAFAL
MANFAATKAN MASA CUTI ANDA BERSAMA KELAB REMAJA ISMA
KELAB REMAJA ISMA ( KRIM ) MENGAMBIL KESEMPATAN DI MASA CUTI SEKOLAH INI UNTUK MENGAJAK REMAJA-REMAJA MEMANFAATKAN MASA CUTI MEREKA DENGAN MENGHAFAL SURAH-SURAH PILIHAN DI DALAM AL-QURAN.
HARI : AHAD—KHAMIS
MASA : 8 a.m – 10 a.m
TARIKH : 1 – 31 DISEMBER 2009
TENTATIF : MENGHAFAL QURAN ,
TAZKIRAH (5-10 MINIT)
BAYARAN : RM15
TEMPAT : 75C, TADIKA NUR TASNIM ,
TAMAN PULAI JAYA, JALAN
LANGGAR, ALOR SETAR.
SURAH—SURAH PILIHAN :
AS SAJADAH
AL INSAN
AL MULK
AL JUMAAH
AL MUNAFIQUN
AS SHAFF
AR RAHMAN
AL WAQIAH
DAN SURAH –SURAH LAIN
SYARAT :
LELAKI
UMUR 12—17 TAHUN
BOLEH MEMBACA ALQURAN
HUBUNGI :
SAUDARA HABIB :
0194557813
“BERSAMA MEMBINA GENERASI HARAPAN”
Posted by Ummu Hudzaifah at 12:13 AM 0 comments
Friday, November 13, 2009
REZEKI

Hari ni kami sekeluarga menghadiri majlis hari anugerah kecemerlangan (IHTIFAL) Tadika Tasneem Bestari at SK Jitra. Seronok tengok persembahan kanak-kanak cilik yang bakal mewarisi tamadun ini dimasa depan. Setelah majlis selesai dan perut sudah terisi kami sekeluarga pun pulang. Ikutkan ada kenduri orang pergi haji. Tapi tak boleh nak pergi lunch time sebab husb ada kelas pukul 2. After habis kelas baru boleh pergi. Sedang fikir2 mau mengalas perut dengan apa, my husb balik dari solat zuhur bawa beberapa bekas makanan. Waahh nasi dagang dari tetangga yang murah hati. Last makan nasi dagang time raya hari tu. Sonoknya...alhamdulillah.
Kejiranan saya ni sangat harmoni. Punya tetangga yang prihatin dan baik budi merupakan anugerahNya yang sangat kami hargai. Kami sudah berpindah 3 Taman. Dan alhamdulillah di sinilah kami temui kejiranan yang the best. Kiranya kami ini bertuah jugalah. Sudahlah bermusafir dinegeri orang...dapat pula tetangga yang caring gitu...alhamdulillah syukur sesangat.
Posted by Ummu Hudzaifah at 10:31 PM 0 comments


